Tuesday, October 11, 2011

SEMESTER 1 2011/2012 FASA 1.


Sudah lebih kurang 5minggu semester ini berlalu. Namun seperti macam banyak je yang terjadi. Ye lah, insyaALLAH ini tahun terakhir saya di bumi tercinta IIUM. Sebelum ni pernah terasa tak mau cerita apa-apa perihal peribadi di blog ini, namun terlalu banyak yang terjadi..

COMPOUND
Masa tahun akhir ni lah nak kena compound. Sebelum-sebelum ni ok je. Check in je mahallah dapat sekali surat cinta ni..huu.. RM50 for failure to keep all belongings. Tinggal notes je yang ade kat board je. Tu pun sebab fikir akan kembali untuk jadi committee International Debate Championship. Setelah menggoreng entah bagai alasan dalam English (mujur jadi cikgu English masa cuti sebelum ni), akhirnya kena bayar RM10 je. Alhamdulillah settle dah. Bayar di bank muamalat dan settle ke legal unit.

PTPTN
Dapat je ptptn, terus bayar yuran short sem dan yuran sem ni. Tinggal berapa kerat je. Orang di Indon pun nak guna jugak. Buat modal jual tudung.

DOMPET
Sejak beberapa tahun ni tak pernah letak duit lebih RM50 dalam dompet. Kadang-kadang tak tau pun duit dalam dompet tu tinggal berapa sebab memang jarang mengeluarkan duit..huu.. tapi masa tu saya keluarkan RM250 untuk ke - - - - - - -. Sebelum balik rumah, singgah sogo. Beli ole-ole dan coklat untuk atiqah. Balik tu naik LRT. Seperti biasa sampai rumah, hidup macam biasa. Tetibe malam tu baru teringat nak check dompet. Cari-cari dompet dah tak de. ALLAH.. sabar-sabar. selalu pegang prinsip ni, masa tak tenang ape pun tak boleh buat. Jadi, tenang dulu asila. Solat 2 rakaat. Cari balik. Memang tak de. Malam-malam tu kejut ayah, pergi balik lrt. Memang tak de. ALLAH nak suruh saya tolong orang tu. Ada yang lebih memerlukan. Saya halalkan dunia akhirat awak. Moga awak gunakan ni jalan yang baik.

JADI ORANG BARU
Jadi, esoknya tak boleh la nak naik bas pagi-pagi. Mujur saya tak berjanji. Cuma dah berniat. Kalau tak pergi pun saya tak kan rasa bersalah. Sebab saya tak berjanji. Pagi tu, saya pergi kutip duit jualan tudung dan jaket. Alhamdulillah cukuplah untuk buat I/C dan ke sana. Tak pasal-pasal dapat muka baru di I/C. muka dah pakai spek..huu.. tak suka2. Mujr saya dah keluarkan semua kenangan dalam dompet tu. Aisyah humaira yang bagi idea buat dalam buku. Cuma ada gambar fatinah dan saya.. sorry tiena.. akak sayang tiena..

CBA
Ape CBA ni?? Sebenarnya saya pun tak tau. Istilah UIA. tapi, tu lah status aku di UIA ni. Ceritanya begini, masa skill 1 hari tu saya ambil taek wan do. Kono yang lain boleh belajar la. Saya selalu sorang-sorang. Jad penting nak belajar taek wan do. Then, bila skill 2 ni, kami 2orang je dalam 1 kelas. Bincang-bincang dengan orang CCAC, boleh ambil skill lain untuk yang kedua ni. Ambil la sewing. Sebab memang minat. Ok, done. But, prosesnye dari ccac, ke irk then ccac semula. Sekarang ni di confirmation slip saya masih lagi tiada skill ni. Kena ke hulur-hilir jumpa kak nor la, bro asri la, bro mat muda la.
Dulu masa taek wan do, kena sepak kuat-kuat bagi bunyi. Tak bunyi kena buat semula. Ni masa gunting kain, ukur-ukur semua ok la. Sampai ke tekan mesin, ambik kau. Saya tekan punye laju. Dah terbiasa dulu. Adui, kena belajar tekan slow2. Ni lah cerita CBA. Siapa kata tak boleh ambil 2skill. Bagi je alasan merepek2.

27th CONVOCATION
Macam-macam gaya orang ada. Ada yang pakai kasut tumit tinggi yang halus…mak ai.. jatuh kat pentas tu kang cek.. pakai kain ketat, nak jalan macam mana?? Yang tak pernah pakai selendang pun boleh pakai selendang. Nak Nampak kemas la konon bila pakai robe tu. Ade yang dah nak konvo baru ambil robe dari kawan, ade yang tak de semangat nak konvo. Ade yang nampak smart giler. Saya pulak yang terasa nak konvo. Sabar asila..
Cari-cari hadiah di convest hill, tak de yang berkenan. Bunga nanti layu. Bear?? No..no..no.. saya yang takut..huu.. buku?? Hmm.. nak beli kat central market, tapi lupa nak ambil gambar korang. Last2 jalan kat sogo jumpa la. Terimalah ye batu, kayu, kaca dan lilin. Selamat belajar dari alam.

TEMAN-TEMAN
Batch 4. Hmm.. banyak cerita. Tak perlu lah sebut nama. Ada yang dapat masuk uia. Ada yang diuji dengan kemasukan ke U. Ade yang dapat anak. Walaupun korang kata baru nak dapat anak buah 1st, tapi hakikatnya dah ke 3. Korang tahu tak?? Jannah, suliati dan lina. Ada yang extend sem. Sampai kena tangguh konvo. Korang ni, saya ajar extend tapi konvo, tetap. Ada yang tukar kos. Ada yang diuji untuk berkahwin. Ada yang kehilangan insan tersayang. Sabar ye korang. Setiap ujian itu adalah berat bagi setiap orang. Sama je beratnya. Cuba pandang pada sisi lain. sentiasa ingat, inna maal 'usri (satu kesusahan) yusra (banyak kesenangan). believe on that.

KELAS DAN SAYA
Huu..saya ada hobi. Tolong jangan marah dan jangan ikut. Saya ada habit dari 1st sem di uia Gombak. Saya akan ponteng kelas. Huu.. semester ni dah berazam. Untuk kurangkan gejala ponteng dalam kalangan diri sendiri. Tambahan pula dah tak de orang nak tolong tanda tangan kan. Tapi, sedikit sebanyak terlajak jugak. Ni lah hasilnya setakat minggu ke5.

1. Mabahits sunnah : bersih (hakikatnya ade sakali)
2. Manahij bahs : 1 kali (hakikatnya dah 2x)
3. Turuq istinbat : bersih
4. Madaris usuliyyah : 1 kali (ni masa mula2. Awalnya ustaz masuk)
5. Muamalat maliyyah : 1 kali (sebab ke sana..huu)
6. Dirasah Quran : bersih (hakikatnya dah 2x..huu)

KERJA
Saya tekad saya tak mau bekerja makan gaji semester ni. Biar ape pun terjadi. Memang sangat malas rasanya. Walaupun keadaan mendesak. Keadaan mendesak saya untuk belajar juga. Saya nak belajar please… Maafkan akak ye adik-adikku sayang. Jadilah saya seorang usahawan tudung dan jaket. Jual pada pelajar ilmi dan teman-teman je. Rasanya macam nak meniaga lain jugak. Macam best je meniaga..

ADIK PATAH TANGAN
untuk makluman Aqilah, Asyraf patah tangan. tapi dah ok dah.. cuma masih dirumah. abang dan mummy tak bagi dia balik. doakan dia yea. baik benar adik kesayangan akak tu..

setakat ni je lah dulu.. laptop tak de ni, susah sikit nak update blog. moga semua berjaya dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment