Monday, September 5, 2011

:: PELIK ::



ape yang peliknye?? macam-macam..pelik-pelik..

1. Pelik bila orang Islam puasa tapi tak sembahyang..mana imannya??

2. Pelik bila seorang guru tidak mahu merawat anak murid yang sakit lalu menyerahkan pada guru lain. dimana sifat keguruannya??

3. Pelik bila ustazah tak sempat nak ganti puasanya hingga terpaksa bayar fidyah..dimana qudwah hasanahnya (contoh terbaik)

4. Pelik bila orang surau/masjid main judi

5. Pelik jika seorang ayah makan tetapi anaknya dibiar kelaparan

6. Pelik jika seorang ibu pulang berhari raya dikampung dan membiarkan anaknya beraya sendirian

7. Pelik jika ibubapa langsung tidak ada rasa ingin bergembira saat anaknya
melanjutkan pelajaran ke ipta

8. Pelik jika guru mengumpat sesama guru..malu lah pada anak murid..

9. Pelik jika orang tak tahu mengapa dia buat sesuatu.. hidup perlu ada matlamat..


.. dan macam-macam pelik lagi yang akan aku tambah bila aku jumpa dengan makhluk-makhluk yang dapat aku kategorikan pelik..

dan yang paling pelik adalah 'aku' yang tak pernah kenal erti putus asa walaupun dah 4tahun berlalu dan dah macam-macam berlaku.. macam-macam berlaku yang seharusnya orang macam aku ni give up.. tapi macam mana aku nak give up bila aku jadi aku..(ha, kan dah pelik).. dan ape yang berlaku ni sangat pelik..sekian..

janganlah jadi orang-orang pelik kalu rasa tak baik.. macam 9 diatas tu..dan tak salah jika jadi orang pelik jika kita tahu apa yang kita buat..perlu ada pendirian ya..bersandarkan AL-QUARAN dan AS-SUNNAH..

No comments:

Post a Comment