Friday, August 19, 2011

..nota buat bakal ibubapa..


saya ibubapa kah?? belum lagi.. atau mungkin sudah.. tak kesah la tu.. cuma menulis kerana kesal..

kesal dengan ibubapa (lebih2 lagi ibu) yang bekerja..lalu menghantar anak mereka dari setahun hingga 15 tahun mungkin ke pusat asuhan, taska, atau kepada sesiapa yang menjaga..

siapa yang menjaga???? wahai ayah ibu.. anak-anak itu perlukan didikan yang sempurna.. untuk apa melahirkan jika tiada kesedaran untuk mendidik..

sangat kesal bila melihat si ibu pagi-pagi menghantar anak kecil ke rumah asuhan..anak itu diberikan tanpa mengira siapa yang akan mengasuh itu..solehahkah dia?? cukupkah sembahyang 5 waktu sekurang-kurangnya?? bagaimana pendidikannya??

di hadapan mata saya, anak-anak itu dibiarkan bermain hingga ke tengahari..cukup masa makan tengahari. kemudian tidur.. mengapa tidak diajar anak itu untuk solat berjemaah?? lalu bangun tidur tengok kartun..biasa la petang-petang banyak benar cerita kartun. ala-ala sudah mahu habis masa bekerja, anak-anak itu akan dimandikan..dan amat menyayat hati pabila anak itu dimandikan bersama tanpa mengira lelaki dan perempuan. mandi dihadapan rumah tanpa mengira jiran yang melihat (saya lah tu). lalu, dimana proses tarbiyyah itu?? proses mendidik anak-anak??

ibubapa pun pulang mengambil anak mereka. "mama2.." mama pun berkata, "terima kasih ye kak..salam ibu nak". ibu yang bukan ibu itu dipanggil IBU. masakan ibu sanggup melihat anaknya begitu..

bagi yang sudah dewasa pula, akan disuruh menjaga yang kecil2. lalu, untuk apa dibayar seorang RM250 - RM300(rating KL)kepada si pengasuh. aduhai, sayang seribu kali sayang.

namun, ingin ditegaskan, tidak semua pengasuh begitu ya.(adik saya juga pengasuh) masih ada yang mampu menerapkan nilai2 islamik. atau sekurang-kurangnya dia solat 5 waktu. anak-anak akan terdidik hanya melihat orang dewasa solat dan hanya dengan mendengar. kagum dengan ibubapa khalis(baru 2tahun) yang mampu membuat anaknya menghafal al-fatihah dan nasyid2 maher zain, juga selawat2 hanya kerana memperdengarkan lagu2 itu sewaktu dalam perjalanan ke taska.

ibubapa, berkorbanlah.. demi melahirkan anak yang berkualiti akhlaknya dan ilmunya.. mereka anak-anakmu. jangan campakkan pada yang tidak mengerti.

p/s - kagum dengan naqibah pertama saat sekolah dulu yang ketika itu sedang belajar kejuruteraan di UTP bercita-cita menjadi pengasuh kerana masalah pengasuh ini.

No comments:

Post a Comment