Cuti semester 3bulan menyaksikan kebosanan yang melampau. Duit simpanan yang makin berkurang juga mendesak diri untuk bekerja. Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai guru ganti disekolah yang pernah aku mengajar pada tahun 2008. Berikutan seorang guru yang cuti bersalin.
16 mei 2010
Terharu rasanya menerima ucapan hari guru dari seorang cikgu yang pernah mengajarku. Tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidikku..hingga kini, dia masih mendidikku. Tidak jemu nasihat dia berikan. Petua menjadi seorang guru.
18 mei 2010
Sambutan hari guru SMA (A) ILMI, AMPANG. Sebelum ini beberapa kali aku bertanya kepada pelajar yang menganjurkan hari guru, apakah program yang dijalankan. Namun tidak terjawab. Lagak seperti mahu mengenakan cikgu sahaja. Semua guru-guru dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah. (aku pinjam je la…1st time pakai t-shirt).
Program pertama.
Persembahan guru muslimat. Sebanyak 10 orang ustazah terlibat. Kami mempersembahkan koir tentang anak-anak murid. Selepas itu, kami ditayangkan dengan tayangan tentang bidata guru-guru. Welcome again ustazah asila.. like2.. kemudian setiap guru diberikan hadiah.
Program kedua.
Nama program ni, berita tiga kepala. Setiap guru dikehendaki mereka sebuah berita. Tajuk diberikan oleh pelajar. Setiap kumpulan 3orang. Setiap guru hanya boleh menyebut satu perkataan. (aku dapat no 2….haha) kira macam sambung-sambung perkataan la. Fokus tu penting…
Program ketiga.
Kami dijamu makan ala-ala candle light dinner di hotel. (biar makan di kelas je pun). Memang 1st class lah. 1st time jugak, makan spaghetti. Then makan aiskrim.. sedap2. Terima kasih yea..
Program keempat.
Ala-ala treasure hunt la. Kami dikehendaki mencari check point. Then kupas buah epal paling panjang. Nasib baik dalam kumpulan. Aku memang tak pas la. Pastu, baling telur. Yang ni aku dapat sambut. Dapat no 3.. yeay, menang lagi… (banyak cikgu dapat hadiah yea).
Program kelima.
Lepas sembahayang zohor, kami kembali berkumpul di padang. Kami diberi satu alat, kami dikehendaki mempelbagaikan alat itu. Grup aku dapat penyedut tandas tu..(tp yang baru la). Mula-mula kami jadikan benda tu obor, kedua kami jadikan benda tu pingat darjah kebesaran. Dapat no 1… (galok cikgu)
Terakhirnya.
Kami sekali lagi dipertontonkan tayangan gambar. Tentang jasa seorang guru. Kemudian penyampaian hadiah. Aish, tak menang tangan aku pegang hadiah. Pertama kali dapat hadiah sebanyak ni.
Apepun, aku kini seorang guru, kerana kau guru-guruku…
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU-GURUKU...
- Tadika Arqam, Taman Kosas
- Tadika Bestari, Taman Rasmi Jaya
- Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
- Sekolah Agama Rakyat Rasmi Jaya
- Sekolah Menengah Taman Bukit Indah
- Maahad Al-Ummah, Ipoh, Perak
- Maahad Darul Anuar, Kota Bharu, Kelantan
- Sek. Men. Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan, Pahang.
- guru-guru sepanjang pengajian di UIA secara rasmi atau pun tidak (sahabat2)
No comments:
Post a Comment