Wednesday, May 5, 2010

Insan TAQWA


Seringkali kita mendengar, mengimpikan untuk menjadi insan yang bertaqwa. Namun cukupkah memahami ciri-ciri insan yang bertaqwa itu bagaimana??

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat # Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa # (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan # Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui “ (aliemran : 132-135)


1. Menafkahkan hartanya yakni rezekinya, masanya, anak-anaknya, isterinya dah segala harta dunia di jalan ALLAH. Mudah dilihat insan yang mampu menafkahkan harta tika diwaktu lapang. Namun insan taqwa itu menafkahkan hartanya diwaktu lapang mahupun sempit. Tidak ramai yang mampu memberi di waktu sempit. Itulah golongan yang sedikit.


2. Menahan amarahnya.

Di dalam hadis ke-16 himpunan hadis 20 :

Daripada Abu Hurairah r.a, seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W, nasihatilah aku. Rasulullah S.A.W menjawab : jangan kamu marah. Lelaki itu bertanya lagi apakah ada lagi nasihat lain? Rasulullah menjawab : janagan kamu marah. Sekali lagi lelaki itu bertanya, Rasulullah tetap menjawab : jangan kamu marah.

Sehingga 3 kali Nabi S.A.W mengulang untuk tidak marah. (sila rujuk kupasan hadis untuk lebih detail)



3. Melakukan kebaikan. Ramai orang akan melakukan kebaikan dihadapan manusia tanpa sedari bahawa segala amalan dihitung setiap masa. Tidak kira di hadapan manusia ataupun tidak. Kerana malaikat sentiasa mencatat amalan manusia dan alangkah indahnya jika manusia dapat merasa adanya ALLAH setiap masa.



4. Memaafkan kesalahan orang. Memaafkan dengan ikhlas beerti melupakan juga kesalahan itu. Jika masih ada yang tersimpan dihati, belumlah ianya dinamakan maaf. Kerana hakikatnya masih mengharapkan sesuatu dari orang yang dimaafkan.


5. Apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri, dia segera mengingati ALLAH dan memohon keampunan dan tidak meneruskan dosa itu. Bukankah syarat bertaubat itu ada 4 :

a) Berazam dan bertekad untuk meninggalkan dosa yang dilakukan

b) Mengesali dosa yang dilakukan

c) Bersegera meninggalkan dosa semata-mata kerana ALLAH

d) Memohon ampun dari manusia sekiranya melibatkannya


Namun jika seseorang telah bertaubat tetapi mengulangi dosanya, kemungkinan taubatnya tidak diterima.

Lalu, sama-sama muhasabah, dimana kita??? Layakkah bergelar insan taqwa???


Balasan bagi mereka yang bertaqwa

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (aliemran : 136)

No comments:

Post a Comment