Tuesday, June 29, 2010

1 + 1 = 3

Ini bukan formula matematik.. bukan juga add math.. bukan juga nak mengajar buat salah dalam matematik..walaupun ana cikgu matematik.. huhu..

Cuma sebagai hadiah buat seorang adik. Maaf yea akak lambat menulis. Tidak reti untuk menulis sebenarnya…

Ceritanya begini….

Bagaimana 1 + 1 boleh jadi 3 ??? ini juga bukan iklan dalam tv.. tapi ini realiti yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan. Tidak kira apa jenis hubungan sekalipun. Sahabat?? Teman?? Adik beradik?? Bahkan dalan kehidupan rumah tangga sekalipun..
Jika anda menyayangi seseorang lalu maknanya 1 + 1 = 2.. lalu, siapa yang lagi 1?? Hingga boleh jadi 3?? Itulah keimanan kepada ALLAH.

Jika hari ini kasih sayang kita tidak punyai keimanan terhadap ALLAH, maka mari sama-sama baiki hubungan itu. Ayuh. Mari kita sulamkan ianya dengan keimanan. Mari kita letakkan matlamat menyayangi hamba ALLAH untuk menambahkan kasih sayang dan cinta kita kepada ALLAH.

Lalu, jika kasih sayang itu kerana ALLAH, mana mungkin ada rasa cemburu. Kerana kelebihan seseorang itu anugerah ALLAH.

Mana mungkin ada rasa dendam, kerana teguran itu hakikatnya daripada ALLAH. Mana mungkin adanya rasa curiga, kerana keyakinan itu sepenuhnya kepada ALLAH.
Segalanya kerana ALLAH. Setiap kejadian dalam perhubungan dipandang melalui kaca mata iman kepada ALLAH.

Tiada lagi ungkapan sedangkan lidah lagi tergigit. Kerana kesakitan itu bisa terubat dengan adanya iman. Dengan jelasnya matlamat bahawa hubungan itu, ukhwwah itu, hanya kerana ingin menambah keimanan kepada ALLAH.

3 comments:

  1. alhamdulilah siap jgk akknya artikel.semoga perhubungan kite pon berlandaskan keimanan kepada ALLAH.insyaALLAH,amin..sgt2 suka.. mintax copy kt fb ye akk..=)

    ReplyDelete
  2. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    ReplyDelete