Thursday, February 4, 2010

Selangkah ke barzakh..



:: sebelum apa2, nak bagitau aku ni bukan gheti nak bercerita. Namun sebagai pengajaran, pengalaman dan nasihat dari kawan, aku cuba juga melakar cerita ini walaupun… ::

31 Jan 2010

Hati begitu mendesak ingin ke kedai. Adik ku bakal pulang ke asrama tengahari itu. Namun ada sesuatu yang dia suka tidak dapat ku beri lagi. Benarlah, apa yang penting dalam sesuatu tugasan itu adalah keazaman. Keazaman inilah yang aku peroleh hari ini. Bila jujur dan ikhlas tidak temui makna selain dihati.

Tekad hati mengambil kunci dan membawa dia (motorku) bersama. Ibu juga tidak banyak bertanya. Di pertengahan jalan aku tersedar ada sesuatu yang ku lupa(cermin mata). Namun, keyakinan ini membawa aku untuk teruskan jua. Sekadar kenderaan masih mampu dilihat mata.

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Ampang jaya - bukit indah

Lebih kurang 5 minit perjalanan

Di selekoh itu, aku sudah memberi isyarat ke kanan. Kereta itu kulihat masih jauh. Lalu aku pun membelok. Tiba-tiba….

Dumm…. (bunyi ni masih ada..takut)

Aku sudah tidak sedar apa. Bunyi itulah terakhir aku dengar.

‘asila, kau kena kuat’ - bisikan

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian.

Pernah terkejutkan orang?? Lalu dia terkejut. Begitulah reaksiku. Tersedar dari pengsan yang sekejap dalam keadaan terkejut. Kerana suara itu. Aku tidak tahu itu suara siapa. Terpulang kepada pembaca untuk mentafsir. Bagi aku, itu adalah DIA yang terlalu dekat dengan kita.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" INGATLAH SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT” (al-baqarah : 214)

Aku tidak sedar bila manusia itu menghampiri aku. Bila kereta yang baru sahaja melanggar aku dan dia (motor) itu berhenti. Yang aku sedar mereka sudah disampingku. Namun belum sempat membantu, sudah terkejut dengan kebangkitanku.

………………………………………………………………………………………………………………………………....

Selesai berkata-kata dengan mereka, manusia dan dunia. Lalu perjalanan diteruskan. Inilah asila. Degil. Terus aku ke kedai. Keazaman. Beli sahaja makanan itu. Keluar dari kedai kulihat dia(motor). Teruknya kamu. Maafkan aku ya. (motor aku punyai perasaan).

Cerminmu patah. Gear kamu rosak serta senget. (mujur sebelum ni tuanmu telah mengajarku cara membawa kamu ketika gear rosak). Bakulmu rosak jua. Badanmu luka parah. Sebelah kiri yang kena langgar tu pecah. Sebelah kiri jua kau jatuh. Depan sebelah kanan tercabut. Calar habis badanmu. Bersalahnya aku. Maafkan aku sayang. Aku sayang tuanmu jua. Bagaimana harus aku berkata dengannya. Bukan itu yang aku risau. Bagaimana harus aku berkata dengan ayah dirumah yang sedang sakit.

Terus aku menelefon tuanmu. Lalu, itulah dia. Dia manusia yang tahu apa yang ibuku tidak tahu.

Sheikh - ko ok tak ni??
Aku - ok?? Aku nak mati dah tadi. Aku terpelanting ko tau tak. Pastu pengsan sat. Rasa memang dah mati dah.

Dekat sangat kan sakaratul maut tu. Bukankah malaikat izrail menziarahi kita 70x sehari. Lalu?? Masih mampu ketawa??

Sheikh - ada darah-darah tak??

Aku - Alhamdulillah tak de plak. Tapi tak tau la. Aku kat kedai lagi ni. Tak chek lagi. Cana nak wat motor ni?? Aku terus p uia la. Tinggal kat sana baru balik rumah.

Sheikh - teruk ke motor tu?? -aku pun cerita la seperti diatas.

- Takpe..balik je. Ok tu.

(senyap-senyap dia call ayah suruh cari aku sebab dia di Kelantan)

……………………………………………………………………………………………………………………………..

Cukuplah sekadar itu..

Pengajaran yang terlalu banyak aku temui dari kematian yang sementara ini..sebelum aku dihadapkan pada JANJI YANG PASTI itu…

1. Mati itu pasti. Walaupun kita belum bersedia. Ia hadir tanpa kita sedar. Tanpa kita pinta. Beruntunglah siapa yang mengalami nazak kerana tahu ajal menghampirinya. Namun jika seperti aku??

2. Hutang perlu bayar segera. Bukanlah disini hutang sesame manusia kerana aku bukan insan yang suka punyai hutang. Hutang disini adalah hutang yang bias memakan diri. Tika ajal menjemput kita. Sudah berbayarkah hutang itu?? Sudahkah kita menenunaikan solat??

Jika azan zohor jam 1.17tghari. Jam berapakah kita menunaikannya?? Sempatkah kita atau mati dalam keadaan berhutang??

Apabila seseorang itu mendengar azan tetapi ia tidak hadir, tidak sempurnalah solatnya . - hadis

3. ALLAH. DIA adalah yang selalu bersama kita. Saat gembira ingatlah DIA. Saat sedia ingatlah DIA. DIA MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT. Aku merasainya.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
4. Indah nikmat sehat itu
5. Tak pandai aku bersyukur
6. Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
7. Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

8. Tiada yang mustahil. Walaupun kuasa ALLAH tu tidak bisa kita lihat. Tapi kita bisa merasa. Logik akal sudah tidak mampu berbicara saat DIA berkata ‘kun, fayakun’. Akal yang sihat mengatakan aku akan mati dengan kemalangan itu. Atau tidak luka sana-sini. Patah kaki yang dilanggar itu. Namun Alhamdulillah semua yang terzahir masih mampu untuk kukatakan aku sihat. Namun…….. (doakan semuanya selamat ya)

9. Nur, mak kata bawa motor dalam uia je.. hehe.. pengajaran seterusnya aku hanya bawa motor dalam uia je.. walaupun motor ni pernah sampai dalam uia kuantan.. dah2..

10. ALLAH tahu aku sakit. Banyak sangat yang ditunda NYA. Exam, tasmi’, tamrin qiyadi, liqa’, presentation dll.

11. perempuan jangan bawa motor. Ni untuk adik aku dan mereka yang bernama perempuan kecuali aku..huhuhu…. degil lagi nih..ish3..


Bicara qalb : dah la. Tak reti nak bercerita. Dulu kat sekolah tak pernah sekali buat karangan cerpen.

Mengapa kita tidak tahu khabar kawan kita?? Sebab kita dah lama tak tanya khabarnya. Jadi, tanyalah khabarnya sebelum lidah kelu untuk berkata-kata.

1 comment:

  1. akk,bila akk excident ni? qila xcakap pon..huu..
    alhamdulilah la akk selamat ye..udahnya, rse takut lak nk bwk moto nt.huu..
    p/s:hati2 dijalan ye kak..

    ReplyDelete