Friday, January 1, 2010

TAHU tetapi tidak KENAL..


Takut…gerun..mengerikan.. itulah ungkapan yang mampu ku ungkapkan pabila melihat meruncingnya masalah yang melanda umat Islam kini. Tahun 2010 seperti membayangkan sesuatu yang lebih teruk bakal terjadi. Di dada-dada akhbar semakin berani mempamerkan fesyen terkini yang kononnya memenuhi peredaran zaman yang semakin maju tetapi semakin mundurnya nilai peribadi seseorang itu.. manusia tidak lagi mengenal erti MALU.

Ya, buat apa perlu malu bukan. Ianya ‘up to date’. Semua orang dah macam ni. Kau je yang masih macam tu. Baju-baju semakin menjolok mata menandakan agenda syaitan untuk menanggalkan pakaian pada manusia semakin menemui kejayaan. Bukan sahaja pada lahiriah tetapi fitrah manusia itu juga semakin tercabut dari akarnya. Yakni suka akan kebaikan menjadi malu akan kebaikan. (malu bukan bila orang kata – eh, kau ni baik la..nak jadi ustaz ker?? Tetapi bangga bila berbuat kejahatan –macam ni la baru rock)

Bila jasad bayi terbujur kaku dilihat sebagai bangkai binatang. Bila si anak sanggup membunuh bapa sendiri. Bila si bapa sanggup mempergunakan anak sendiri untuk kepentingan peribadi. Bila ibu membuang anak hanya kerana anak yang hanyut dengan dunia. Ohhh..dunia..

Semuanya kerana TAHU tetapi tidak KENAL. Kita kata kita tahu apa yang kita buat.

Si muda berkata : aku tahu la apa yang aku buat. Kau sibuk buat apa??

Si tua berkata : aku lebih dahulu makan garam. Kau tahu apa??

Bukan kerana tahu..tetapi kerana tidak kenal. Kita hanya tahu kenapa kita berbuat demikian tanpa mengenal dimanakah letaknya perbuatan itu?? Di mazmumah kah?? Di mahmudah kah?? Di disisi syaitankah?? Atau disisi ALLAH??

Kita kata kita sayang ALLAH..kita kata kita cinta ALLAH..tetapi benarkah kita cinta ALLAH?? Atau sekadar kata-kata??

Saudaraku… TAHU itu tempatnya pada AKAL. Sedang KENAL itu tempatnya HATI. Namun pada akal dan hati yang bagaimanakah?? Akal yang TAHU hanya pada akal yang bersih. Tidak tertutup dek kabus menghalang penglihatan TAHU itu. Jika tidak TAHU itu hanya pada KATA-KATA. Sedang “KATA-KATA adalah komunikasi yang paling TIDAK BERKESAN”. – Neale Donald Walsch

KENAL pula hanya pada HATI yang sentiasa zikrullah. Jika dibedah setiap manusia, pastinya dapat melihat hati. Membuktikan bahawa setiap manusia punyai hati. Namun, berapa ramaikah yang punyai HATI yang hidup. Jika jantung itu berdegup kerana bernyawanya manusia, maka tidak mustahil matinya hati walaupun bernyawanya manusia. “temukanlah hatimu di 3 tempat : ketika membaca Al-quran, ketika menunaikan solat dan mengingati mati. Jika tidak ketemu jua, pintalah pada ALLAH hati yang baru”. – Al-ghazali.

Lalu, jika tahunya insan membaca Al-quran, tahunya insan menunaikan solat serta tahunya insan mengingati mati tetapi tidak dapat mengenal dengan hati, pintalah hati baru yang bersih pada ‘pemegang hati’. Apatah lagi jika insan tidak tahu. Tertutuplah sudah akal serta hatinya. Dimanakah kebijaksanaan hakiki??

Semuanya kerana kita tahu bahawa ada tuhan yang memberi kita hidup tetapi tidak kenal siapakah tuhan itu. Kerana kita tahu adanya balasan syurga dan neraka tetapi tidak kenal laluan untuk ke syurga atau neraka.

Bicara qalb : sedang mengenal dengan hati..mencari keazaman yang hakiki. Sedang berkomunikasi jua dengan hati.. namun jangan biarkan hati berjalan tanpa temannya ya..si akal.. aku semakin sibuk tetapi semakin suka menulis..wawawa..

:yawn:

No comments:

Post a Comment