Saturday, October 10, 2009

untuk yang bergelar muslimah

KAU SENTUH HATIKU

“salam dik, pekabar? hrp chat slalu.baru ni akk tgk frntr awk byk btul gmbr awk ltk. bkn x leh nk ltk gmbr, tp mcm x best la plk sbb org bkn shj blh tgk gmbr kite tp blh ambil lak jd simpanan sndr.klu yg amik tu skdr buat knangan x pe lg tp klu di apa2kn kite dgn guna gmbr kite, cmne? lg2 klu gmbr kite sorg2.dik, akk syg awk tu sbb akk bgtau ni.skrg ni org blh wt mcm2 dgn gmbr.akk x yah ckp pnjg la psl ni sbb awk sndr pn da mklum.k la dik, klu pe yg akk ckp ni baik untk awk, awk ambil la tp klu x yg bfaedh pn pe yg akk bgtau ni, x yah amik la.k, slm syg dr akk...” – teguran dari insan yang tidak pernah jemu menasihatiku..mentarbiyyahku.. biar dimarah, dipalingkan muka..namun dirinya tetap setia dan sabar..kehilangan yang memberi seribu kesan..nurul bazilah..

Setelah dua kali insan yang kugelar ‘kakak’ ini menasihatiku, barulah aku memadam semua gambarku di Friendster, facebook dan segala macam perhubungan alam maya.. benarlah, insan itu perlu sentiasa diingatkan. Jangan pernah jemu dalam mengerjakan amar maaruf nahi mungkar kerana kesannya mungkin bukan sekarang, tapi akan datang. Namun aku tidak mahu diingatkan saja, aku juga perlu mengingatkan..

MENGAPA YA???

Sejak ada broadband dan sejak menjadi penanti setia ini, banyak laman web sahabat-sahabat ku lawati. Walaupun sudah lama menyepi dari Friendster sejak beralih ke facebook..namun benda yang sama kuperhatikan disini..dimana-mana.. gambar…

Terlalu mudah bukan meng ’upload’ gambar. Tidak perlu membayar apa-apa..duit setem ataupun mencuci gambar untuk dilihat oleh orang lain. Mengapa ya gambar itu ditayang-tayang tanpa rasa bersalah. Mungkin ianya sudah menjadi perkara biasa sekarang ini..bila manusia hilangnya rasa malu..lebih-lebih lagi mereka yang bergelar muslimah.

Terlalu sedih rasanya melihat mereka yang bertudung litup malah lebih parah lagi turut dijayakan oleh mereka yang berniqab.


SETIAP AMAL, ADANYA NIAT


Sebelum berbuat apa-apa, pasti ada sesuatu yang terbit di hati kita mengapa kita berbuat demikian..begitu juga saat kita sibuk mencari-cari gambar untuk diletakkan di perhubungan maya ini. Mengapa ya?? Sudah pasti kita mahu ianya dilihat oleh orang lain bukan. Inilah diri kita. Diri saya. Diri anda. Owh, inilah dia….. dan kemudian akan dikomen :


“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, jangan dinafikan persaan ini. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Jika inilah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan kita sibuk berkata-kata ‘kita tidak boleh lama-lama menjadi remaja kerana tangunggjawab itu melebihi masa’.. bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri kita? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat? Bagi yang berniqab, sudah pasti gambar yang diletakkan itu menfokuskan bahagian mata. Untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya menjadi nanah. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan ini.


SEKADAR RENUNGAN

Duhai muslimah, diri anda telah ALLAH muliakan dan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Mengapa harus direndahkan dengan berkongsi diri untuk tatapan umum??

Renung-renungkanlah kemaslahatan anda berbuat demikian. Jika ianya lebih mendatangkan keburukan pada hati kita dan hati mereka berbanding kebaikan, lalu mengapa masih lakukan??


Moga sama-sama dapat mengambil iktibar. Sayangi diri..jangan biarkan diri kita dimaksiatkan. Simpanlah segalanya hanya buat dia yang berani menyempurnakan akad.


Bicara Qalb : artikel ni bukan 100% dari saya.. namun ambil yang baik, abaikan yang buruk. “berapa lamakah lagi, terpaksa aku menanti, sehingga teguhnya pendirian dihati” –lagu ni..teka lagu pe??

1 comment: