Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Ada yang gembira menanti syawal, ada juga yang berduka meninggalkan ramadhan. Bulan penuh barakah ini. Namun sejauh mana ramadhan menjadi bulan mentarbiyyah kita?? Adakah segala amalan yang kita lakukan itu semata-mata kerana jiwa ramadhani??
خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفر له
“Rugi dan celakalah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”
Recall: sebelum ramadhan masing-masing sibuk merancang amalan-amalan yang hendak dilakukan dalam ramadhan. Naqibah aku pun suruh buat perancangan ramadhan. Dalam hatiku terdetik, mampukah aku bawakan amalan yang dirancang ini hingga selepas ramadhan?? Mampukah aku istiqamah bersamanya hingga akhir nyawaku??
Rabbani bukan ramadhani
Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah Ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat Ramadhani. Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala iaitulah insan yang menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan. Segalanya kembali kepada niat kita di awal Ramadhan dahulu. Jika niat itu bersih semata-mata mengharapkan redha Ilahi insyaAllah, rasa taqwa itu akan berterusan walaupun Ramadhan itu sudah pergi.
Namun apa yang dilihat kini,di depan mataku, sebelum ramadhan masjid UIA itu hanya penuh kala solat jumaat. Semasa ramadhan, ianya ramai lebih dari biasa. Mereka solat berjemaah, berterawih, petang-petang berusrah, bertadarus, malam pula sanggup tinggalkan katil yang penuh empuk itu untuk beriktikaf di masjid. Namun adakah aku masih dapat melihat suasana itu selepas ini?? Wahai syabab, aku rindukan suasana itu.
Muhasabah
Selepas madrasah ramadhan itu pergi, dimana kita?? Adakah masih seperti dahulu?? Takziah diucapkan kerana adakah anda akan bertemu lagi pada ramadhan ini pada tahun hadapan?? Pada yang lebih baik dari sebelum ini, tahniah. Moga istiqamah hendaknya.
1. Semasa ramadhan, kita begitu rajin berpuasa. Walau penat tapi tetap dijaga. Halal, haram, sah, batal sentiasa diingati. Selepas ramadhan, masihkah kita istiqamah mendidik diri berpuasa sunat??
2. Semasa ramadhan, penuhnya masjid tidak terkata. Masing-masing sanggup melepaskan urusan duniawi kerana ramadhan. Namun apakah ertinya ramadhan jika kita hanya lakukan di kala ramadhan. Selepas ramadhan, adakah kita masih sanggup meninggalkan urusan duniawi semata-mata untuk meluangkan masa dirumahNYA??
3. Semasa ramadhan, masing-masing bertanya, dah berapa juzu’ hari ini?? selepas ramadhan masihkan kita punyai waktu untuk membaca kalam cintaNYA?? Atau seminggu sejuzu pun susah..
4. Semasa ramadhan, kita sanggup bersengkang mata untuk bangun qiamulail setiap hari atau sekurang-kurangnya di 10 akhir ramadhan dalam mencari lailatuqadr..selepas ramadhan mampukah kita bangun qiamulail setiap hari atau sekurang-kurangnya seminngu sekali pun susah??
5. Semasa ramadhan, kita sibuk berbuka puasa bersama-sama teman. Yang selalu jumpa, yang jarang jumpa. Semuanya manis belaka. Selepas ramadhan, masihkah kita masih rajin untuk mengajak mereka makan bersama??
6. Semasa ramadhan, kita sibuk memperbanyakkan amalan. Bersedekah, tidak mengumpat dan sebagainya. Selepas ramadhan, adakah kita kembali membuat dosa??
Renung-renungkanlah tentang segala amalan yang telah kita rancangkan dan lakukan sepanjang ramadhan, kemana kita membawanya??
Syawal bulan kemenangan
Eidul Fitri, atau hari raya merupakan satu hari yang amat bermakna dalam hidup seorang muslim kerana hari ini telah menggantikan segala jenis perayaan pada zaman jahiliyyah dahulu. Rasulullah SAW bersabda,
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ اْلأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
“Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari kalian dengan dua hari yang lebih baik darinya, yaitu Eidul Adha dan Eidul Fitri”. (HR. Nasa’i)
Fitrah bermakna sediakala atau boleh juga ditafsirkan sebagai suci. Begitulah pada hari lebaran ini, kita patut menyambutnya suci dari segala noda-noda jahiliyyah. Mengikut cara yang diajar Nabi SAW dan melaksanakan sunat-sunat hari raya seperti bertakbir, solat sunat hari raya, menziarahi taulan, berhibur dan bergembira dengan batasan syariat yang jelas. Hari Raya memang dibenarkan malah disunatkan untuk kita berhibur tetapi semuanya perlulah ada batas dan adabnya.
Bukanlah raya itu bagi siapa yang bajunya baru
Sesungguhnya raya itu bagi sesiapa yang ketaatannya bertambah
Bukanlah raya itu bagi sesiapa yang bercantik-cantik dengan pakaian dan kenderaan
Sesungguhnya raya itu bagi sesiapa yang diampunkan dosanya..
bicara qalb: apakah ertinya raya?? kenapa sukar dirasai?? tak pernah raya di kampung kecuali sekali..
No comments:
Post a Comment