Assignment yang sudah mula mengambil posisi menyebabkan kurangnya ruang untuk bersama laptop dan blog ni. Niat hati dah tak nak update blog untuk satu jangka masa yang agak lama. Namun apabila terlalu memberi ruang pada diri sendiri, ingatan masa silam menjengah kembali. Rindu pada sahabat-sahabat, guru-guru serta kenalan yang telah mewarnai hidup ini. Mungkin ada yang mengatakan cukuplah sekadar doa..namun hati terlau mendesak untuk menulis di ruangan ini. Mungkinkah mereka akan mendengar??
Ustaz nik rahim (anak tok guru nik aziz).
Ustaz, lihatlah anak didikmu ini. Kami sudah menjejak menara gading ustaz. Namun pasti seorang pun tidak mampu melupakan ustaz ni. Ingat dulu ustaz suruh mengaku kesalahan, tapi masing-masing buat tak tahu. (masa tu semua barisan pimpinan pelajar)Sekarang saya mengaku ustaz. Saya bawa hp dari form 3 – form 5. Ustaz, didikkanmu yang masih ku terasa adalah penjagaan mu tentang muamalat kami. Ustaz, aku sedih melihat ada diantara teman-temanku yang menyangkakan mereka sudah keluar sekolah, boleh bergaul tanpa batasan. Doakan aku mampu menjaganya seperti waktu sekolah dulu..amin.. ustaz, hafizah anuar dah kahwin. Alhamdulillah. dhiyaul hanis pakai purdah sekarang.
Guru tuisyen add mate form5.
k.yani, ingat tak nama akak ni?? Tak silap kita. Kita jumpa dia kat blog kawan kite. Azreena ke?? Kakak ni la yang mengenalkan aku tentang jemaah-jemaah ni semua. Masa tu cikgu-cikgu sangat risau. Yelah, pelajar harapan sekolah ikut jemaah. Keluar sekolah ikut suka. Rasanya kami ikut tabligh kot. Siap kena kaunseling free lagi. (vice president kaunseling kena kaunseling). Terima kasih akak. Moga akak tetap najaah dalam hidup dan sentiasa menghidupkan tarbiyyah dimana juga akak. Akak engineer ke baby sitter sekarang???
Dia yang ku gelar abang.
Terima kasih juga buat insan ini. Dia mengenalkan ku kepada usrah. Membuat aku sanggup bangun di awal pagi semata-mata untuk berusrah. Kini telah ada hidup sendiri. Moga semangat abang tetap sama macam dulu bahkan labih-lebih lagi.
Sahabat-sahabat di uia kuantan.
Ehem2..ni bukan ingatan tuk korang. Tapi boleh tak pindahkan kos irk ke kuantan. Sangat damai disana. Boleh buat hal sendiri. Makan murah. Jauh dari rumah(tak de la balik je keje aku). Tak payah pindah-pindah bilik. Tak sesak cam Gombak ni. Aish, syukur2. Dapat duk Gombak. (ape la asila ni). Dah, jangan p kuantan lagi. Nanti nak duk sana je tau. Tapi nak kena p lagi. Dengan is (aisyah humaira) n ika(afiqah). Kuantan...tunggu kami. Ada siapa-siapa nak ikut lagi??
hakikatnya diri ini memang merindui kalian. athirah, ct, k.ira, rokiah, zana, afifah, anis, k.anis, sapa2 yang tak tertulis n my imtinan.
k.bazilah
Mana mungkin aku temui penggantimu. Dikau sentiasa bersamaku saat mereka meninggalkanku. Sentiasa bersamaku walau asyik kena marah. Sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam diriku. Walau lagi disuruh, lagi aku melawan(masa sekolah kan), kau tak pernah bosan bukan. Sehari di rumahmu, cukup membuat aku insaf. Bahawa usrah islamiah itu perlukan mujahadah. Terima kasih sahabat. Dikaulah teman sejatiku. Inspirasi hatiku. Tapi akak ni garang tau.. akak, nasyid2 akak yang kite hilangkan tu kite akan ganti. tapi, malas nak salin. kite bagi mp3 boleh??
Nurul hidayah dan nurul ain sudah pun ada hidup sendiri. Membawa haluan hidup masing-masing. Alhamdulillah kalian berjaya ke ipt. Walau tak nak dengar cakap akak(geram3). Nurul, akak tak bagi masuk matrik, nak masuk. Ain, dapat UIA yang p masuk KPTM tu nape dik?? Apepun, kita dah tak macam dulu kan. Kalian pun dah besar. Akak sentiasa merindui saat kita bersama. masa tu nurul baru form 2. ain nangis2. rindunyeee.. Tapi sekarang ALLAH dah memberi yang terbaik buat kalian. Kasih ibu membawa ke syurga sedang akak hanya gantang yang tidak diperlukan melukut lagi. Tinggal sepi. Sayang sangat-sangat pada antum sekeluarga. Maaf sebab gambar abang Ibrahim kahwin ada dalam pendrive dan…..pendrive tu hilang..aduh..
Ika, achik, maziah dan naimah.
Masing-masing dah decide major. Maziah, political sciences, achik n naimah, history. Ika, fiqh. Aku?? usul fiqh to be..hehe..(tukar lagi). Class dah tak sama. Masa pun lain-lain. Dah lama tak lunch sama kan. Korang ajak p konsert opic pun kite tak dapat p(tak pernah p konsert sebenarnya..takut dan masih tidak perlukan perubahan itu). Korang masih lagi bersama PKPIM sedang kita sudah jauh berjalan. Moga kalian istiqamah bersamanya. Jaga batch kite baik-baik ye. Maafkan kite. Alhamdulillah ika dah lepak bilik achik semula setelah perbezaan itu temui titik persamaan. Moga ukhwwah antara kalian diredhai ALLAH. Kite?? Kite memang dah biasa sorang-sorang. Dunt wory k. Apepun, kalian sentiasa dehearty. Selamanya. Rumate kite yang kos engine tu pindah mahallah, kos ben pulak selagi belum jam 12am, tak kan sampai bilik, yang kos bar pulak, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tak ditanya, tak dijawab. Hakikatnya, kesunyian ini terlalu indah, walaupun pahit untuk meredah. (lirik lagu)
Ok, sambung buat assignment. Esok nak p walimah adibah then terus ke muktamar..mungkinkah ini yang terakhir?? Segalanya kembali pada ALLAH.
No comments:
Post a Comment