Wednesday, July 29, 2009

Dakwah fardiyyah..sejauh mana kita bersamanya.

Seringkali kita mendengar ungkapan ‘dakwah’ baik di dalam jemaah atau secara sendirian. Namun, walaupun tidak dinafikan bahawa kekuatan itu hadirnya bila berjemaah, sebagai seorang da’ie, cerminan dakwah itu perlu sentiasa membayangi dirinya.:astig: Itulah da’ie yang sebenar tika dia tetap da’ie bersama jemaah, dan tetap da’ie tika sendirian. Alangkah indahnya jika seseorang itu dapat menerima hidayah daripada pancaran cahaya diri da’ie itu.

Sungguh, sekiranya ALLAH memberikan hidayah kepada seseorang lantaran (dakwah)-mu, itu lebih baik daripada terbitnya matahari. –hadith

Masakan mungkin seseorang itu mampu memberikan cahaya hidayah jika dia tidak berdakwah dan masakan mungkin dia mampu berdakwah pada insan lain, sedang diri sendiri masih tercari-cari erti sebenar kehidupan yang didakwahnya, yakni amar maaruf nahi mungkar. Jelaslah bahawa ‘jika seseorang itu mampu untuk menundukkan dirinya sendiri, maka akan mudah untuk dilakukan kepada orang lain’.

Segalanya balik kepada cerminan diri da’ie itu semula. Teringat pesan seorang sahabat yang masih tersimpan kemas diingatan, ‘tanamkan jiwa murabbi setiap masa’. Inilah da’ie sebenar, dimana dirinya sentiasa menjadi role model tidak kira dimana dan apa jua perbuatannya.
Berbalik kepada persoalan asal, dakwah fardiyyah, sejauh mana kita bersamanya?? Bagaimana menjadi da’ie sepenuh masa dalam mempraktikkan dakwah fardiyyah itu?? Seperti yang telah diterangkan oleh syaikh Mustafa masyhur di dalam bukunya yang bertajuk “7 tahapan dakwah fardiyyah”. Nah, tajuk juga sudah mengambarkan yakni dakwah fardiyyah itu perlu melalui 7 tahap.

1. Membina hubungan dan mengenal sikap orang yang hendak di dakwah.

Seorang da’ie perlulah membina hubungan terlebih dahulu dengan orang yang hendak di dakwahnya. Hubungan peringkat pertama ini hanya hubungan biasa sebagai teman. adacallTanpa perlu lagi berbicara mengenai dakwah. Hatinya perlu dibuka terlebih dahulu agar sedia untuk menerima taujih berikutnya. Namun hubungan ini tidak boleh dipandang ringan kerana inilah yang membentuk ‘first impression’ mereka terhadap da’ie itu dan keberkesanan dakwah itu.

2. Membangkitkan iman di dalam jiwa mereka.

Keimanan boleh dipupuk dengan memerhatikan ciptaan ALLAH serta kegunaanya.

‘dan mereka merenungkan di dalam penciptaan langit dan bumi, (kemudian berkata) wahai tuhan kami, tidak Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, peliharalah kami dari azab neraka’ (ali imran:191)

Keimanan yang mendalam serta kukuh dapat melahirkan jiwa yang mudah dibimbing dan komitmen dalan ajaran Islam.

3. Membantu memperbaiki keadaannya.:please:

Membiasakannya dalam ibadah-ibadah wajib dan sunat dalam keadaan lebih berdisiplin dan teratur. Menjauhkan diri dari kemaksiatan dan mendekatkan diri dengan bahan-bahan bacaan yang sederhana berkaitan aqidah, ibadah dan akhlak. Di samping mengajaknya ke kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah dan memperkenalkannya dengan orang-orang soleh.
Di tahap ini, jangan biarkan dia tanpa bimbingan kerana disinilah sebab terjadinya futur, kasal, dan tafrid.

4. Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syamil (menyeluruh).

Pada tahap ini, ibadah itu diterangkan dengan lebih jelas mencakupi perkara asas yakni solat, puasa, zakat, haji dan perkara-perkara lain seperti makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, sukan, mendidik anak dan sebagainya. Segala amalan perlu memenuhi 2 syarat iaitu, benar (kerana ALLAH) dan menepati syara’ (mengikuti sunnah).
Di akhir tahap ini, mad’u akhirnya dapat beramal menepati syariat ALLAH. Segala amalannya adalah ibadah.

5. Menjelaskan kepada mad’u bahawa pemahaman tentang Islam itu bukan hanya untuk diri sendiri. Kita punyai tangunggjawab untuk menyampaikan kepada insan lain.

Menjadi seorang muslim bukan hanya taat kepada ALLAH secara sendirian, berkelakuan baik, dan tidak menyakiti orang lain. Bahkan ianya mencakupi segala aspek kehidupan sosial. Sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w: barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan kaum muslimin, maka ia bukan dari golongan mereka.

Dari pemerhatian kepada kaum muslimin yang lain dan pemahaman tentang kesempurnaan Islam itulah akan timbulnya rasa ingin mengajak insan lain untuk sama-sama mengamalkan Islam keseluruhannya.

6. Menjelaskan bahawa mengajak manusia untuk sama-sama mengamalkan Islam

keseluruhannya seperti pada tahap yang ke-5 itu tidak dapat dilakukan secara individu.
Masakan mungkin negara Islam dapat tertegak secara terpisah. Sistem kekhalifahan perlu dikembalikan. Maka perlunya jemaah yang dapat memperkuat tugas dan memikul kewajipan. Tahap ini perlunya penerangan tentang kepentingan berjemaah. rindu

7. Setelah seorang mad’u itu sedar akan kepentingan berjemaah, maka akan timbul pertanyaan dalam dirinya, jemaah mana yang harus dia ikut??

Seorang da’ie itu perlu menjelaskan secara berhikmah tentang tatacara memilih jemaah. Tidak perlu terburu-buru. Tahap ini perlukan pemerhatian serta ketelitian dalam memilih. Kerana disinilah kita akan berjuang hingga ke penghujung hidup ini. InsyaALLAH.
Berbalik kepada persoalan, jemaah mana yang harus kita ikut?? Tidak dinafikan semua jemaah membawa ideologi tersendiri yang punyai wajah Islam. Namun harus diteliti yakni yang mengambil Islam secara keseluruhannya, bercita-cita menegakkan daulah Islamiah di bumi ini.
Seperti mana yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w.

Insya ALLAH moga kita semua mampu menjadi hamba yang taat, yang mampu mendisiplinkan diri dalam mengamalkan syariat Islam dan menjadi khalifah mampu membentuk insan yang turut sama mengamalkan Islam secara keseluruhannya seterusnya terhasillah kyaira ummah dalam daulah Islamiah.:woooh::woooh:

Bicara qalb: doakan ana dalam menghadapi roommate baru ni ye. InsyaALLAH kita sama-sama cuba membawa Islam yang sebenar dimana jua kita berada. Ish, mampukah ana??? doa

1 comment:

  1. salamz..blah akk terang kan sal dakwah fardiyyah?? and ape itu futur, kasal, dan tafrid? atau, akk ada laman web or buku2 yang ada kaitan dengan artikel di ats tu.. akk doa kan sye, mudah-mudahan sye blah mNjadi serinkadi islam.. dan, doakan saye agar berani dalam melawan segala pancarobah dunia ni..

    ReplyDelete