Sunday, November 6, 2011

5sen, 30sen, 50sen, RM 1.50, RM 3.00 n bla2..



Kenapa dengan tajuk kali ni?? Hmm.. tadi aku pergi berziarah sempena Aidiladha. 1st time beraya sakan masa aidiladha. Biasalah orang KL ni bukannya raya sangat masa aidiladha. Jumpa dia yang kupanggil umi. Umi memang dari dulu, tidak pernah bersembang kosong jika bertemu dengannya. Ada sahaja ilmu dan tazkirah yang disampaikan.

Umi bukannya datang dari orang senang. Itu juga yang menjadi titik permulaan kami dahulu. Umi pun katalah :
Umi : zaid dapat belanja sekolah bagi RM1.50 je. Dia kata mana cukup. Beli kuih dah 30sen. Darab dua, tiga dah habis seringgit. Tinggal 50sen nak fotostat apa-apa nota.
Padahal dia duduk asrama di Kelantan tu.
Aku : hmm..tu lah. Belanja sekarang tinggi. Agak-agak berapa yea anak-anak murid ustazah belanja. RM3, RM5 atau lebih lagi??

Saya memang la tak rasa lagi. Sebab anak-anak(adik-adik) saya sekarang ni semuanya duduk asrama. Confirm dah sehari 3x makan. Duit belanja dalam kurang lebih RM 50 je. Cukup atau tak, pandai-pandai la. Sebab saya bukannya orang senang. Tapi bila tak cukup, gagah juga la ayah, kakak atau abangnya bagi duit.

Teringat dulu masa sekolah di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Kelantan. Masa tu agak senang sikit sebab ayah masih bekerja. Tapi kami berbelanja sangat sedikit. Mesti tak percaya, tahun 2003-2005 saya belanja 30sen je sehari. Ada lagi kan makhluk macam ni zaman ni. Mulanya sebab ada seorang sahabat abang kakak bagi belanja RM20 je sebulan. Agak-agak kalau aku bagi adik-adik belanja macam ni sekarang ni, ok tak. Beli apa 30sen?? Keropok lekor 3 je. Lapar ke kenyang, tunggu masa makan tengahari pula nak makan.

Agak-agaknya lagi 5-6 tahun masa anak-anak aku sekolah, berapa ye nak bagi belanja?? Mengerikan tengok budak-budak zaman sekrang belanja. Ingat duit tu senang ke nak dapat.

No comments:

Post a Comment