Wednesday, July 1, 2009

Senyum seindah suria..


Kenapa senyum??

Sebab banyak sebab yang membuatkan aku memilih untuk berbicara tentang senyum.

Menjadi satu kebiasaan bahawa kita akan ditarik oleh satu per satu jemaah untuk kita sama-sama mengikuti mereka. Namun kuambil yang kuyakin dengan pembawakannya, kufaham tentang manhajnya, dan kumampu untuk berjasa di dalamnya.

Di satu situasi, dimana aku sedang ditarik oleh satu jemaah ni, halus budi pekerti, namun sebagai jundiy yang baru, aku ketandusan senyuman mereka di saat bertemu. Mereka seolah-olah tidak mengenali aku diluar dari halaqah. Inikah cerminan da’e yang ingin amar maaruf nahi mungkar.

Sekadar berkongsi dan muhasabah yang mana mungkin selepas ini kita sama-sama boleh memurahkan senyuman pada sesiapa pun kerana kita tidak tahu mungkinkah mereka yang kita ketemu di pertengahan jalan itu, bakal menjadi mad’u kita. Dimana contoh terbaik yang ingin kita tunjukkan??

Senyum menghilangkan duka.

Disaat kita berduka, kita akan turut tersenyum sekiranya insan disisi kita tersenyum. Begitu juga sebaliknya.

Ukhwwah itu indah.

Apakah itu ukhwwah islamiah?? Ukhwwah sesama saudara islam tanpa mengira sama ada kenalan ataupun tidak. Mengapa harus diutuskan salam pada kenalan?? Mengapa harus disedekahkan senyuman hanya pada taulan?? Senyumlah pada semua ummat Islam sebagai tanda persaudaraan kita bersama.

Jika tidak kaya untuk menyedekahkan wang, cukuplah sekadar senyuman buat dia yang bernama insan.

No comments:

Post a Comment