Sunday, July 19, 2009

pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba..


Mengikut tahun hijri, hari ni genaplah umurku 21 tahun. Terasa takut mengenangkan umur yang makin meningkat. Tidak dapat mengenal pasti rasa takut itu untuk apa. Namun bukan ini yang ingin aku coretkan, cuma yang pasti saat ini akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat kulupakan. Semalam seharian kami berjalan-jalan. Ayah betul-betul mahu menyambut ulang tahun kelahiranku kali ni. Terharu rasanya. Dia menghadiahkan jubah buatku. Puas satu jalan T.A.R tu kami berjalan. Ayah suruh aku ambil je apa-apa. Namun bukan mudah untuk aku memilih. Sekali pandang, mungkin sekadar pandang. Untuk meminati, puas segala macam aku mencuba. Kasut, baju..sampai menangis kat dalam sogo sebab letih sangat berjalan. Lepas tu kami ke ampang park, masih tak bertemu pilihan hatiku.. namun jam sudah menunjukkan jam 9malam. Aku perlu memilih sesuatu. Lalu kugapai sahaja jubah hitam itu, lega hati ayah.

Sebaik sampai sahaja dirumah, letih tak terkata. Mahu sahaja aku terus melelapkan mata. Namun ada yang perlu aku buat. Saat itu, aku mengucapkan syukur pada DIA yang maha pencipta. Terasa kerdilnya diri. Angka semakin meninggi, namun amalan ku bagaimana?? Aku terasa tidak lagi setinggi umurku. Bagaimana harus aku mensyukuri pemberianNYA ini?? Hp sudah mula berbunyi..namun belum masanya lagi untuk aku meraikan dengan mereka.

Kukucup tangan ibu dan ayah. Asbab aku lahir kedunia. Akan ku pastikan saat ini sebagai titik permulaan perubahan diriku dimata mereka. Cukup sudah hati ayah kulukai, hati ibu kusakiti kerana melukai hati ayah. Ibu, doakan aku menjadi anak yang taat akan mu dan jua ayah ku. (aku memang tak pernah melawan cakap ibu, tapi ayah…) aku ingin ke syurga dengan redhamu ayah ibuku..


Setelah aku berterima kasih kepada pencipta kasih sayang ini, ayah ibuku, mereka yang bernama ‘permata hatiku’, aku terus menggapai hp ku. Bukan mengharapkan ucapan, tapi aku perlu berterima kasih kepada mereka yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan diriku..sahabat-sahabat seperjuanganku.. sudah tentu dia yang kusayang menjadi yang pertama.. biarlah namamu tiada di blog teman-teman lain, tapi bagiku, kau lah sahabat ku..bukan lagi sahabat, tetapi sebahagian dari diriku..imtinan baharuddin. Darimu kutemui wajah sebenar ukhwwah islamiah itu..darimu kutemui makna kasih sayang yang sebenar dan darimu kutemui diriku yang sudah lama kehilangan arah. Terima kasih sahabat kerana mengembalikan apa yang telah aku hilang sebelum ini.

Bukan sahaja imtinan, imtinan hanya permulaan akan kesedaran aku, terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sering menjadi penasihat dan mengembalikan kepercayaanku kepada erti sebuah persahabatan. Mengajar aku bahawa hidup ini bukan untuk diri sendiri. (tak nak sebut nama sebab takut ada yang tertinggal, tapi khususnya buat sahabat-sahabat PKPIM dan mereka yang setia bersamaku, rumate dan sahabat2 irk).

Terima kasih tuhan kerana memberi aku peluang untuk merasai semua ini. Sungguh indah perancanganMU. Membuatkan aku semakin terasa bahawa KAU sentiasa bersamaku. Menjadi sebaik-baik perancang hidupku..

No comments:

Post a Comment