Segalanya seperti biasa. Namun disebalik segalanya, tersirat satu rahsia. Kita bakal diperhitungkan atas segalanya. Biasa dan rahsia. Rela atau terpaksa. Telah termaktub sejak mula. Kita dilahirkan dan akan diperhitungkan.
Perhitungan menyaksikan insan keluh kesah memikir nasib diri. Perhitungan dan pembalasan yang bakal diperolehi. Rasa itu..mengalahkan sang pencinta..yang mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Mandikah?? Makankah?? Tidurkah?? Segalanya kerana perhitungan dunia. Masing-masing mencari jalan keluar buat diri. Keluar dari pembalasan di perhitungan dunia. Cara bukan masalah lagi. Matlamat dikaburi kepentingan diri. Sedang yang lemah, dihina lagi.
Demi dia…oh perhitungan dunia.
Tapi..dimana letaknya perhitungan yang abadi?? Hakiki?? Tika yang benar itu tetap benar..yang salah menerus resah. Cerminan yang tiada lagi kekaburan. Tika dia sudah tiada bersama. Tika jalan keluarnya pasti. Tiada lagi pilihan. Penentuan di syurga atau neraka. Bukan lagi hak kita. Kerana semuanya seketika cuma.
Tika di perhitungan hakiki, masing-masing sibuk mencari diri. Mencari pahala yang ditinggal pergi. Cebisan yang masih bersisa lagi. Sekian lama. Sedang detik terus berlalu pergi. Berjalan menunggu giliran diri.
Bersediakah insan?? Menghadapi perhitungan hakiki?? Atau masih alpa akan duniawi??
No comments:
Post a Comment