Wednesday, July 8, 2009

Sayang, cinta dan ukhwwah.



KASIH SAYANG

Hadith di atas adalah hadith yang ke-13 dari himpunan hadith-40. Diriwayatkan dari Anas bin Malik.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengasihi saudaranya sebagaimana mengasihi dirinya sendiri?’

Menurut hadith lain,

‘sesiapa yang menyukai agar diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka hendaklah ketika ajal menemuinya dia dalam keadaan beriman kepada ALLAH dan hari akhirat serta dia memberi kepada manusia apa yang suka diberikan kepadanya.’ (HR muslim)

Dapat disimpulkan bahawa mengasihi saudara sebagaimana kita sayang, kasih dan suka pada diri sendiri. Apa yang kita suka untuk kita, kita suka untuk orang lain.

Teringat kisah adik kembarku, memandangkan diorang ni kembar, dan ayahku hanya ada motor, jadi ayah hanya bawa keluar seorang dari kami dalam satu masa. Ada juga keluar satu family, tapi naik teksi la. Dan ini yang aku pesan, ‘qilah, bila nak beli barang tu, biar qilah suka barang tu’ (I mean untuk kembarnya, atiqah). Sebab dorang ni tak boleh sorang lebih sikit.

Oleh itu, bila kita berhadapan dengan satu-satu situasi, cuba letakkan di tempat saudara kita. Tentunya kita mahukan segalanya baik. Contohnya jika kita berinteraksi dengan:

Ibubapa.

Sudah tentu ibubapa mahukan anak-anaknya menurut kata mereka. Menjadi anak yang baik.

Teman-teman.

Kala berbicara bersama, sudah tentu sahabat-sahabat mahukan kita mendengar luahan hati mereka, mendengar percakapan mereka. Menjadi penolong kala mereka memerlukan. Begitulah kita mengasihi saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita. Seperti pepatah inggeris, ‘put yourself in their shoes’.

Lawan kepada perasaan mengasihi ini adalah dengki, jadi bila saja kita rasa perasaan dengki mula menguasai hati, renungkanlah hadith di atas.

CINTA KERANA ALLAH.

Apakah bezanya cinta yang bukan kerana ALLAH dan cinta kerana ALLAH?? Cinta ini adalah cinta sesama Islam yang mentauhidkan ALLAH. Cinta bertambah kerana bertambahnya ketaatan kepada ALLAH. Cinta ini bukan sekadar gerakan hati, tetapi juga dizahirkan dengan ucapan yang paling minimum iaitu, menyebarkan salam.

‘tidak kalian memasuki syurga sehingga kalian beriman, tidak kalian beriman sehingga kalian salin mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya akan kalian saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kalian’. (HR muslim)

Seperti yang telah dijelaskan tadi, cinta kerana ALLAH adalah cinta sesama Islam yang mentauhidkan ALLAH. Oleh itu, salam juga perlu disebarkan kepada umat Islam yang sama-sama mentauhidkan ALLAH. Bukan sekadar sesama kenalan.

UKHWWAH KITA UKHWWAH ISLAMIAH.

Seringkali kita disogok bahawa ikatan yang terjalin ini adalah ukhwwah islamiah. Namun, adakah kita fahami apakah itu ukhwwah islamiah?? Ukhwwah islamiah adalah ukhwwah yang terbina berasaskan IMAN dan AMAL SOLEH. Dari ukhwwah islamiah inilah akan terhasilnya peningkatan iman dan amal soleh bagi mereka yang berukhwwah dengan nama ini. Jadi, renung-renungkanlah adakah ukhwwah yang terjalin kini adalah ukhwwah islamiah atau hanya ukhwwah picisan??

Dari iman dan amal soleh ini mula membuahkan rasa berpesan-pesan. Kenapa?? Kerana ingin memenuhi tuntutan berukhwwah itu. Berpesan-pesan pada apa? Pada yang haq, yakni amar maaruf nahi mungkar. Bepesan pada kesabaran dan seterusnya pada kasih sayang.

Sejarah juga telah menunjukkan bagaimana kaum muhajirin dan ansar saling berukhwwah, berkasih sayang dan mencintai kerana ALLAH. Mereka telah dipersaudarakan dan dengan rela hati kaum ansar rela memberi apa sahaja yang mereka miliki kepada kaum muhajirin ini.

‘dan orang-orang yang telah menenpati kota Madinah dan telah beriman (ansar) sebelum (kedatangan) mereka (muhajirin), mereka (ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (muhajirin). Dan mereka (ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka (ansar) memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (al-hasyr : 9)

Inilah sebenarnya hakikat ukhwwah islamiah. Terasa nikmatnya bila berukhwwah kerana mengingati ALLAH.

1 comment:

  1. salam asila,sahabat kesayanganku...tengok gambar,rindu plak kat semua..terutama syira..huuuuuu..setahun xjumpa..cla..tksh untuk entry ni..dah dapat point,tinggal nak kena amal je kan..

    ReplyDelete