Monday, July 6, 2009
nikmat yang ditarik..
entah kenapa rasa tak boleh tidur hari ini. adakah kerana terlalu banyak fikir? apa yang aku fikirkan? atau mungkin kerana banyak tidur? owh itu mungkin tidak. kerana seharian aku tidak melelapkan mata. sibuk mengururskan adik yang hendak pulang ke asrama. atau mungkin sebagai ingatan dari ALLAH untuk aku lebih mengingatiNYA disaat ini.
maha suci sang pencipta. yang mampu memberi dan menarik nikmatNYA. mungkin kerana aku alpa akan nikmat yang melimpah ruah ini. dahulu pernah DIA menarik selera makanku. bukan aku tidak mahu untuk makan, tetapi tidak mampu untuk mengunyah makanan.
kini ditarik pula tidurku. maafkan aku tuhan. andai ini balasan dunia kerana terleka dalam mengingatiMU, aku terima semuanya.
sekadar ingatan buat mereka yang masih punyai segala nikmat ILAHI ini, gunakanlah ditempat yang benar. moga nikmat itu terus kekal buat kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment