MUQADDIMAH
Pada 31jun 2009 kami (sahabat-sahabat PKPIM) telah ke walimah putri nurul hidayah di Chini. Dalam perjalanan banyak yang kami bincangkan. Moga-moga ada faedah buat kami dan yang lain jika disampaikan. Salah satu topik yang menarik minatku adalah ‘poligami’.
Bila hal poligami dibangkitkan, aku terus katakan yang aku tak kesah. Tapi kita seolah-olah telah meletakkan satu tembok besar pada hal ini. Seolah-olah ianya sudah ada kata putus yang tak perlu diubah. Mari kita lihat.
REALITI DUNIA
1. Bagi pihak lelaki, mereka katakan mana mungkin wanita mampu untuk merelakan diri dimadukan. Mind setting seperti sudah termaktub ayat itu. Sampaikan ada ku lihat buku yang ditulis oleh penggerak jemaah juga(lelaki), bertajuk “cukupkan dirimu dengan satu”. Mungkinkah buku ini ditulis kerana hampir kesemua wanita kini tidak rela dimadukan?? Lalu mereka rasakan bahawa mereka yang perlu mencukupkan diri mereka dengan satu isteri sahaja. Sedangkan, adakah fitrah mereka sebegitu??
2. Bagi wanita pula, ianya seperti mengiyakan bahawa diri mereka tidak rela dimadukan. Bukan sahaja mengiyakan bahkan emosi yang dianugerahkan ALLAH itu digunakan untuk menolak hukum ALLAH yang satu itu.
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (an-nisa:3)
HAKIKAT
Acapkali kita dengar ayat ini dari mereka yang ingin berpoligami, namun kita mengambil tidak endah. Kononnya, nak kahwin lagi baru tahu guna ayat quran. Tahukah kita bahawa situasi dan ayat itu sendiri satu benda yang berbeza. Situasi itu milik manusia sedang ayat itu milik ALLAH. Mengapa ingin mencari yang salah bagi menutup yang betul??
Benar, perempuan ini mampu mencipta pelbagai alasan. Jadi, jangan minta alasan dari perempuan jika tidak perlu kerana seribu pun mampu diberinya. Alasan kemudian ialah, suami saya tak mampu berlaku adil. Takkan nak bagi dia kahwin lagi. Tahukah apa itu adil yang digariskan oleh Islam dalam poligami?? Adil di sini, adalah dari segi lahiriah yakni pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan sesuatu yang milik ALLAH. Bukankah hati itu milik ALLAH?? Jadi, masakan mungkin si suami dapat menggerakkan hati dengan berkata
“hati, aku ni kahwin 2. Jadi kau sayang isteri no 1 tu sama dengan isteri no 2 ye”.
Tidak, ianya diluar kawalan manusia. Sekali lagi kita cuba untuk melampaui kuasa tuhan. Nauzubillah. Inikah dia para ibu yang bakal melahirkan generasi salahuddin?? Yang menyangka diri melebihi tuhan?? Tanpa kita sedari, ianya kerap kali berlaku dalam diri. Jadi sama-sama kita muhasabah diri kita. Adakah kita ini hamba atau tuhan. Buktinya??
Ya teman, bila soal poligami, kita pasti akan merasa cemburu. Bukankah cemburu itu tanda sayang. Tapi sejauh mana kita menggunakan anugerah ALLAH itu ditempat yang sepatutnya??
Kita seringkali mencari yang salah, tanpa memikirkan yang betul.
Kita seringkali menyesali takdir, dari mencari hikmah kejadian.
Kita seringkali memikirkan hak, tanpa memikirkan tanggungjawab.
Mengapa perlu menyesali takdir andai bermadu itu milik kita?? Carilah hikmah darinya. Sedarkah kita bahawa ALLAH memberi kita lebih masa untuk bersamaNYA. Cinta sejati kita.
ALLAH memberi masa yang lebih untuk kita menjadi pendidik pada ummat dan anak-anak.
ALLAH memberi masa kita yang lebih untuk mempersiapkan diri menjadi isteri solehah menunggu kepulangan suami dengan kemasnya diri dan keadaan rumah.
Mengapa seringkali memikirkan hak, tanpa memikirkan tanggungjawab. Bila si suami buat salah sikit, kita seringkali mengungkit salahnya itu dengan menegakkan hak kita. Tapi, sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri di tahap 100%??
Benar, aku masih lagi belum bergelar isteri, tapi naluri ini sudah berada dalam diri sejak aku bersekolah arqam lagi. Masa tu umur aku 5tahun. Aku cuba untuk rasakan apa yang kalian rasa(rasa sangat tidak mahu dimadukan), tapi semakin aku cuba, semakin banyak kebenaran tentang poligami yang ku temui. Jadi, haruskah aku mendustainya??
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH, kita ditemukan dalam cahaya Islam itu sendiri. Berkahwin bererti melengkapkan sebahagian daripada agama. Kita seringkali mementingkan diri sendiri. Bayangkan jika nabi Muhammad S.A.W mementingkan diri sendiri. Pasti Islam itu tidak akan sampai pada kita. Kerana sudah pasti baginda ingin memasuki syurga seorang diri. Baginda tahu akan nikmatnya syurga. Nauzubillah, baginda bukan begitu. Baginda adalah contoh akhlak terbaik.
Hadis juga menyebut, dari riwayat Aisyah r.a:
Sesungguhnya akhlaknya(nabi Muhammad S.A.W) quran.
Jadi, mengapa kita ingin mementingkan diri dengan melengkapkan sebahagian dari agama kita sahaja. Bukankah menolong untuk melengkapkan agama saudara kita juga satu amalan yang mulia. Pasti ada ganjaran di sisinya.
Pasti kalian semua mempunyai sahabat baik bukan?? Berkongsi apa sahaja, bantal, katil, makan,duit dan segalanya. Tapi tiba satu ketika kalian sudahpun melengkapkan sebahagian dari agama kalian itu, namun sahabat kalian masih belum mempunyai calon lagi pun. Dan nisbah lelaki dan perempuan sekarang adalah 1:2. Tiba saat ini, sekali lagi kita mementingkan diri sendiri dan menjadi sahabat yang kejam.
Mari kembali pada sirah, dimana saidatina aisyah r.a juga merasa cemburu pada saidatina khadijah r.a walaupun khadijah sudah lama wafat. Tapi cemburu itu tidak digunakan untuk melarang nabi berkahwin lebih dari satu. Malahan saidatina hafsa yang ketika itu menjanda juga dibenarkan berkahwin dengan nabi. Mulia sungguh hati si cemburu saidatina aisyah r.a. Cemburu itu anugerah ALLAH yang tidak disalahgunakan oleh beliau dalam menilai hukum ALLAH.
“kalau abg nak kahwin lagi ceraikan saya”. Nauzubillah, bergegar tiang arasy.
“abg kahwin dgn saya ni bersyarat tak boleh nikah lagi”. Macam dalam cerita ayat-ayat cinta tu.
Para bakal bidadari syurga sekalian, sudahkah anda benar-benar bersedia untuk berkahwin tika saat ijab kabul itu dilaksanakan?? Apakah tujuan utama yang digariskan Islam untuk berumahtangga?? Bukan untuk bercerai dan bukan untuk menghalalkan sayang itu semata-mata. Tapi kita punyia misi yang lebih besar yang perlu dilaksanakan.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang tidak berpuas hati, kita punyai pendapat sendiri. Mari kita sama-sama mengkaji apa yang telah Islam gariskan sebagai panduan hidup kita.
Apakah kita memilih kesesatan setelah kita temui kebenaran??
Sebab-sebab poligami wajar dipraktikkan:
1. Hukum ALLAH membenarkan.
2. Naluri lelaki itu sendiri.
3. Sunnah nabi.
4. Nisbah lelaki dan perempuan di akhir zaman ini.
5. Bayangkan sahabat baik kita.
6. Membantu melahirkan lebih ramai ummat Muhammad.
7. Memberi ruang masa pada diri sendiri.
8. Kearah menjadi hamba yang mensyukuri nikmat.
9. Ganjaran ALLAH.
Carilah hikmah dalam setiap kejadian
No comments:
Post a Comment