Sunday, June 28, 2009

DUIT..DUIT…

Dah 3 tahun aku praktik benda ni. Alhamdulillah aku tak pernah kesempitan. Aku sentiasa cukup saat yang lain merasa tidak cukup. Aku tak pernah catu makan. Artikel ini bukan untuk mereka yang tamak. Tapi untuk mereka yang ingin menikmati hidup ini dengan sebenarnya.

Sejak aku masuk matrik UIA, boleh dikatakan kira aku dah dapat duit sendiri la. Walaupun tu biasiswa. Tapi maksudnya aku tak bergantung duit ayah. Untuk pastikan duit tu berkekalan……satu je… hayati dan amalkan apa yang telah Al-quran ajarkan.

Diantara pokok-pokok kebajikan itu adalah:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.(2:177)

Jadinya disini, andai kita diberi rezeki oleh ALLAH, berilah sedikit kepada kerabat-kerabat kita. Siapa?? Terutamanya ibubapa. Biar semua harta yang kite berikan, masih belum cukup untuk membalas jasa mereka membesarkan kita.

Hanya itu yang aku buat. Walaupun ayah memberikan aku duit belanja, tapi aku tetap bagi walau RM5 padanya setiap kali aku pulang. Ibu, kuberi juga(tapi banyak sikit). Jangan bagitau ayah..

Akhirnya, Alhamdulillah, berkat doa mereka, aku tak pernah kesempitan duit. Walau kurasa seperti tidak cukup, tiba-tiba sahaja ALLAH mencukupkan. Sebab,

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.(2:261)

Kemudiannya jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Sayangilah anak yatim seperti keluargamu sendiri. Dan jika ada yang meminta, cubalah untuk memberi walaupun sedikit.

Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (64:17)

insyaALLAH, jika dilakukan dengan ikhlas, pasti ada ganjaran disisiNYA.

No comments:

Post a Comment