:: PERJALANAN KEHIDUPAN ::
...hidup ini, hanya persinggahan menuju kehidupan yang hakiki...
Sunday, December 8, 2013
Wednesday, December 12, 2012
:: For the rest of my life ::
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
Nama Kursus : A210A0000L BAHASA ARAB (KPLI j-QAF)
Negeri ditempatkan : Johor
This is my life. The rest of my life. I will be a teacher, but why Arabic???
Sampai saat ni tak boleh hadam. Kenapa aku dapat arab. Gelak guling-guling agaknya cikgu sekolah aku kalau tahu ni. Anak murid yang selalu lari kelas arab, tidur dalam kelas arab, jadi cikgu arab. Adoi..apa nak ajar ni. ALLAHUMMA LA SAHLA ILLA MA JA'ALTAHU SAHLA.
Memang macam mimpi dapat jqaf ni. Tak pernah terlintas nak mohon. Saje je mohon. ALLAH aturkan rezeki kat sini. Alhamdulillah, aturan ALLAH yang terbaik. Lepas ni kena usaha yang terbaik. Jadi cikgu yang terbaik. (^_^)
Segalanya memang tak disangka. Dapat Jqaf, dapat kat Johor, dapat major Arab, dapat rawatan dari Dr.farhan hadi...n dapat kahwin. Eh, belum lagi.
Dah dapat kerja, boleh plan nak kahwin. Beli kereta. Hantar adik pergi overseas. Beli rumah. InsyaALLAH. Seriously, I confess that I wants to get married. Calon?? InsyaALLAH, ALLAH akan hadirkan.
Friday, November 2, 2012
BERUSAHA
Dah lebih 3 bulan aku jadi penggangur terhormat. Sudah-sudah la berehat tu asila. Saja tulis kat blog untuk ingatkan diri agar berusaha. (aku tak reti bahasa korea bagai ni).
InsyaALLAH, hari baru, azam baru dan buat benda baru.. blog pun akan ada yang baru. Yang lebih ilmiah.
Kepada yang sudi membaca blog ni dalam diam, terima kasih atas segala nasihat dalam diam juga.
Yang penting sekarang kena usaha lebih. Solat lebih. Cari duit lebih. Berpegang pada muwasafat tarbiyyah jika benar mahu jadi individu yang bermanfaat.
Mereka perlukan suasana yang kondunsif untuk pembesaran. Kuatkan semangat. Walaupun saya paling pendek, kecik, ketot dan sebagainya, saya tetap anak sulung. Selamanya.
I Love Them Forever.
Friday, October 19, 2012
CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH & SUAMI SOLEH
copy kat sini..
Ciri-ciri Isteri Solehah :
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah Subhanahuwata’ala
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Berikut ini antara lain perincian dari dua syarat di atas:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahrom
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga
Ciri - Ciri Suami Soleh :
1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan ajaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama tetangga atau sebagainya.
5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesehatannya.
6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna sesuai kemampuannya
7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merusak keutuhan rumah tangga mereka.
9. Sentiasa memberikan kasih sayang, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
10. Suami yang sentiasa menjaga rahasia isterinya dan tidak diberitahukan kepada orang lain.
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
14. Suami yang bijak memahami perasaan dan hati isteri dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
16. Suami yang menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Tidak ku pilih yang sempurna, kerana terlalu banyak kekurangan diri.. tidak ku memandang pada sifat si suami, tetapi aku mencari dia yang mampu untuk aku taat dan dia yang membawaku untuk taat pada ALLAH dan Rasul-NYA. Kerana didikan ibu ayah terlalu keras untuk aku berubah. Saat ini hanya dia yang mampu merubah. Moga ALLAH takdirkan dia untukku.
Subscribe to:
Posts (Atom)