Monday, November 7, 2011

Saya perlu lebih sabar

Kebelakangan ni banyak cerita saya tahu kawan-kawan nak kahwin. Ada yang nak kahwin buat kali kedua lagi.

Tapi saya tahu, saya perlu lebih sabar. jika benar saya mahukan awak, saya tahu saya perlu sabar. banyak yang saya dah belajar dalam tempoh 4tahun ni. Saya belajar menunggu, sabar dan tenang, dan yang paling tidak boleh blah, saya belajar untuk tidak mempercayai kata-kata tanpa bukti.

Lambat atau cepat, jika sudah takdirnya begitu, pasti begitu juga kan. Satu hari nanti pasti awak akan nampak juga, saya benar-benar ikhlas menerima awak. Bagi saya, jika kita mahukan seseorang itu, kita harus menerima dia keseluruhannya. Tanpa ada niat untuk mengubah dia. Kerana dia adalah dia.

Saya tahu awak ada amanah lain. Kita dewasa sebelum usia. Alhamdulillah, ALLAH juga bagi saya merasai pengalaman yang sama. agar saya dapat lupakan awak seketika. insyaALLAH buat waktu ini, saya juga punya amanah dan matlamat yang ingin dicapai. Moga kita sama-sama berjaya.

Saya perlu lebih sabar untuk tidak contack awak. Ya ALLAH, beratnya rasa bila nampak awak on9. Hati ni memberontak nak tahu cerita awak. Tapi saya perlu lebih sabar kan.

Dan jika nanti awak bukanlah untuk saya, saya terima. Cuma buat masa ni, biarlah saya bersabar menunggu awak. insyaALLAH jika bukan awak, pasti nanti ALLAH akan buka pintu hati saya untu orang lain kan.

2 comments:

  1. Insyaallah, moga Asila bertemu dengan jodoh bila selesai segalanya. :)

    ReplyDelete
  2. selesai segalanya?? mana ada yg selesai.. (^^,)

    ReplyDelete